CARA PENGGUNAAN AIR-COND YANG BETUL UNTUK ELAKKAN BIL MELAMBUNG (SILAKAN SHARE)

Tetapkan mod penghawa dingin kepada mod Kering/Dry. Untuk pengetahun, kompressor alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga eletrik yang tinggi apabila anda tetapkan suhu bilik di bawah 24°C. Di dalam mod Kering/Dry ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka kompressor alat penghawa dingin tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini.

Harap maklum bahawa penggunaan eletrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan mod Sejuk/Cool dengan suhu 16°C. Jadi, pada waktu malam, disyarankan supaya anda menetapkan sahaja alat penghawa dingin anda pada mod Kering/Dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Tidak perlu dirisaukan akan berasa panas dengan suhu 25°C kerana udara dingin akan terkumpul di dalam bilik anda dan suhu semakin menurun sehingga subuh pada waktu malam. Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan badan dengan suhu persekitaran. Sebab itu, orang yang duduk di Iceland itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C. Ini kerana badan mereka sudah terbiasa dengan suhu persekitaran.

Itu sajalah perkongsian saya, semoga bermanfaat. Cubalah dulu, kalau tak sejuk juga, maksudnya anda perlu membeli aircond baru inverter. Confirm jimat.

Sumber: Sembang Bimbang

Alat penghawa dingin/peti sejuk mempunyai satu komponen yg di panggil “thermostat”.Fungsi alat ini ialah mengesan suhu persekitaran /didalam bilik adalah telah mencapai suhu yg anda telah tetapkan/inginkan pada “remote control”anda.

Thermostat ini akan berhubung dengan sistem automatik switching utk mematikan atau “off” motor compressor yg terletak diluar rumah itu apabila suhu bilik /persekitaran telah mencapai yg anda telah “setting” kan tadi.

Apabila motor compressor ini telah “off” maka tiadalah tenaga elektrik digunakan.Apabila suhu semakin meningkat maka thermostat ini akan memberi signal agar motor compressor “on” semula.

Pastikanbilik kita tiada sebarang kebocoran yg membolehkan udara sejuk keluar dari bilik.contohnya dibawah pintu (tutup dengan potongan tikar getah),kipas kipas tingkap,tingkap tidak rapat….dsb.

Apabilaada kebocoran spt ini,maka suhu bilik tidak mencapai spt yg anda “setting” lalu thermostat tidak memberi arahan pada motor compressor diluar utk “off”.Motor compressor inilah merupakan load atau beban yg guna tenaga elektrik paling tinggi spt 1 horse power@ 0.745kilowatt dan sepertinya.

Samalahjika kita memasang aircond kereta ketika memandu tetapi tingkap terbuka atau tidak rapat maka penggunaan bahan bakar atau petrol tinggi (pembaziran).

Dari : fb pages : Roztech Electronic Technology