Cara unik dan kreatif seorang doktor untuk memastikan pesakit kecilnya tidak menangis ketika mengambil suntikan (video)

Jangan kata kanak-kanak, kita yang dewasa juga kadangkala ngeri untuk mengambil suntikan. Lihat sahaja jarum yang tajam sahaja sudah mampu buat ramai yang takut. Masalah buat para doktor ialah apabila mereka harus memberikan suntikan kepada ‘pesakit kecil’ mereka yang rata-rata memang takut akan jarum.

Jadi, mereka perlu berfikir dengan cara yang kreatif untuk mengalihkan perhatian mereka supaya proses itu berjalan baik dan kanak-kanak tidak menangis ketakutan.

Lihat apa yang dilakukan doktor ini, cukup kreatif sehingga kanak-kanak itu tidak jadi untuk menangis walaupun sedang menahan sakit. Pelbagai cara dilakukan untuk membolehkan pesakitnya melupakan akan kesakitan yang sedang dialaminya!

Era Baru