Elyana Di’Ganggu’ Di Rumah Sendiri, Akhirnya Elyana Dapat Rakam Secara LIVE ‘Benda’ Yang Kacau Dia Di Rumah.

Sering kali dikaitkan dengan bunyi guli itu adalah menandakan antara tanda-tanda rumah itu ada jin.Selain itu, bunyi orang seret perabot,bunyi tapak kaki tetapi bunyi paling popular & sering berlaku pada kebanyakkan orang adalah bunyi guli. Majoriti bunyi itu pasti didengar dari atas atau diatas lantai.

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon yang membintagi filem Dukun Elyana mendedahkan mengalami kejadian yang pelik apabila sering dan kerap mendengar bunyi guli sehingga beliau dapat merakam bunyi tersebut dengan lebih jelas ketika dia seorang diri di rumah.

Rakaman audio yang ditunjuk menerusi video live beliau menunjukkan bunyi guli yang jatuh dan katanya sering didengari di dalam bilik tidurnya,malah mana-mana bahagian rumahnya seperti syiling dan dinding.

Bunyi tersebut pada mulanya dikatakan sering kedengaran pada waktu senja dan sehingga satu masa pada pukul 10 pagi bunyi guli seolah banyak dijatuhkan dan lebi daripada satu guli sebelum ini dan begitu kuat didengari sehingga berjaya dirakam untuk dijadikan sebagai bukti.

Namun, Elyana dikatakan sudah lali mendengarnya kerana terlampau di ganggu dengan bunyi-bunyi tipikal seperti itu sehingga hilang rasa takut.

“Boleh tak main jauh-jauh, saya tak marah benda tu nak main, diorang pun ada kehidupan dorang sendiri,tapi maksudnya kalau nak main pergi jauh-jauh jangan bagi saya dengar,jangan kacau manusia”, katanya menerusi video live.

Selain bunyi guli, Elyana juga meceritakan dia pernah mendengar bunyi seolah orang menyanyi koir di sebuah banglo yang diduduki Elyana di tepi pantai di Port Dickson dan dikatakan lebih menyeramkan.

Elyana juga mengatakan dia kerap mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan dan pelik seperti binatang-binatang buas yang menakutkan dan menyebabkan tidak lena tidur dan tidak selesa kerana kerap diganggu dengan bunyi terebut.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, bunyi-bunyi seperti guli, perabot, lesung, cakar di siling adalah cara jin syaitan nak bagi intro hai hai kami di sini.Nak melemahkan manusia dengan emosi ketakutan.

Sebab itu, kata orang petua dia jangan takut sangat sebab jin memang suka orang yang takut senang la kerja dia nak menakutkan orang.Baca atau pasang ayat2 ruqyah.. Insya Allah gangguan bunyi tu akan hilang. Jin pun makhluk jadi dia tak kuat mana cuma kita sahaja suka takut seolah-olah dia berkuasa sangat.Semoga perkongsiaan ini bermanfaat.

VIDEO RAKAMAN LIVE ELYANA DIGANGGU

SUMBER : PRU14TV / suamikusweet