INFO MENAFAAT : APAKAH BERDOSA JIKA MEMBACA @ MENYENTUH AL-QURAN TANPA WUDHU? INI JAWAPANNYA.

SOALAN: Adakah menjadi kesalahan (berdosa) membaca ayat-ayat suci sewaktu kita tiada wudhu ‘umpamanya ketika hendak tidur atau terjaga dari tidur?

JAWAPAN: Berzikir menyebut nama Allah atau istighfar dan doa-doa baik ketika ingin tidur atau bangun tidur disunatkan mengambil wudhu ‘, jika tidak berwudhu’ tidaklah berdosa. Sesuai dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah yang bermaksud: “Rasulullah (SAW) selalu zikir kepada Allah pada setiap masa”.

Menurut Jumhur ulama diharamkan bagi orang yang junub membaca sesuatu dari ayat-ayat Al-Quran, ini berdasarkan hadis daripada Ali ra. “Bahawa Rasulullah (SAW) tidak satupun yang menghalanginya dari Al-Quran kecuali janabat” (Riwayat Ash habus Sunan disahkan oleh Tirmizi)

Sedangkan menurut sebahagian ulama seperti Bukhari, Thabrani, Abu Daud dan Ibnu Hazmin berpendapat dibolehkannya membaca Al-Quran bagi orang yang junub.

Tonton Video Dibawah Agar Anda Lebih Memahami

Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.