Lagak ngeri penunggang motosikal yang menakjubkan, lebih hebat lagi apabila ia dilakukan oleh seorang wanita.

Aksi lagak ngeri wanita ini akan buatkan anda tergaman melihatnya. 

Jika kita melihat secara rata-rata kebanyakan penunggang motosikal didominasi oleh kaum lelaki. Namun sekiranya dalam filem fiksyen aksi, kaum wanita memainkan watak utama sering kali dilihat lincah mengendalikan kenderaan motosikal.

Tetapi bukan pada wanita ini yang menunggang motosikalnya atas sebuah lebuh raya, melakukan lagak ngeri ‘wheelie’ sepanjang jalan yang dirakam oleh rakannya.

Melihat kepada wanita itu melakukan beberapa kali aksi ‘wheelie’ yang penuh keseimbangan tanpa memakai sebarang alat perlindungan kecuali topi keledar, cukup mengatakan bahawa dia adalah seorang penunggang yang berpengalaman.

Walaupun aksi ini kelihatan hebat dan menakjubkan lebih-lebih lagi ia ditunggang oleh seorang wanita. Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali mencuba aksi ini sewenang-wenangnya tanpa perhatian oleh golongan profesional dan juga lakukan di litar lumba berbanding atas jalan raya.

Era Baru