Pensyarah Palestin Ditembak Mati Dua Suspek Yang Menunggu 20 Minit Untuk Mangsa Keluar.

Pensyarah Palestin Ditembak Mati Dua Suspek Yang Menunggu 20 Minit Untuk Mangsa Keluar.SAJAHEBOH.COM - Pensyarah Palestin Ditembak Mati Dua Suspek Yang Menunggu 20 Minit Untuk Mangsa KeluarDua suspek yang menembak mati pensyarah Palestin di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Taman Medan, Kuala Lumpur, dipercayai menunggu kira-kira 20 minit untuk mangsa keluar dari kondominium terbabit.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS menunggu mangsa di luar sebelah kanan kondominium terbabit.

“Mereka menunggu di situ kira-kira 20 minit sebelum menembak mangsa yang sedang berjalan untuk ke surau berhampiran di laluan pejalan kaki beberapa meter dari pintu masuk hadapan kondominium berkenaan.

SAJAHEBOH.COM - Pensyarah Palestin Ditembak Mati Dua Suspek Yang Menunggu 20 Minit Untuk Mangsa Keluar“Lebih 10 das tembakan dilepaskan suspek dengan empat daripada tembakan kena pada kepala dan badan mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, penembak kelihatan memakai topi keledar berpenutup penuh dan buat masa ini siasatan mendapati tembakan dilepaskan seorang suspek ke arah mangsa dari jarak dekat.

“Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi dan keadaan ketika itu agak gelap. Menerusi rakaman CCTV itu, kita lihat ada dua individu lain berjalan di lokasi sama namun tidak diendahkan suspek sehinggalah mangsa muncul.

“Jelas suspek memang sedang menunggu mangsa di situ sebelum menembaknya bertalu-talu.

“Bagaimanapun kita masih menyiasat motif sebenar pembunuhan,” kata Mazlan lagi.

Ketika ditanya jika motif pembunuhan ada kaitan dengan elemen pengganas, Mazlan memberitahu siasatan dijalankan daripada segala sudut termasuklah elemen berkenaan.

Katanya, polis sudah menubuhkan pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Sementara itu, Duta Palestin di Malaysia, Datuk Dr Anwar H. Al Agha ketika ditemui di lokasi memberitahu mangsa, Dr FadiM R Albatsh adalah seorang yang pendiam, suka berbuat baik dengan orang dan tidak mempunyai musuh.

“Dia (Fadi) sudah lebih 10 tahun menetap di negara ini dan bertugas sebagai seorang pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universiti swasta di ibu negara.

“Fadi yang juga graduan Universiti Malaya (UM) amat disenangi rakan-rakannya dan dijadualkan ke Turki untuk menghadiri satu persidangan berkaitan sains di sana, hari ini,” katanya.

Tambahnya, mangsa sudah berkahwin dengan rakan senegaranya dan mempunyai tiga anak perempuan berusia antara satu hingga enam tahun.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun berjalan ke surau terletak kira-kira 300 meter dari kondominium terbabit sebelum ditembak.

Mangsa yang bertugas sebagai imam kedua di surau terbabit yang dikenali sebagai Surau Arab oleh penduduk setempat sepatutnya mengimamkan jemaah untuk solat Subuh, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Hmetro