Tidak Dapat Menanggung Rindu Kepada Arwah Emy, Pelajar Akademi Fantasia. Isteri Arwah Buat Begini Walaupun Dia Tahu Arwah Sudah Tiada

Bekas peserta Akademi Fantasia 2016, Zharul Hilmi Badrul Hisam, yang lebih dikenali sebagai Emy, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Selasa. Keluarga dan sahabat masih terasa terkejut dengan pemergiaannya secara tiba-tiba.

Teman wanitanya yang masih bersedih hati, Cathy Alkantara, meluahkan isi hatinya menerusi akaun Facebooknya semalam.
Dia menulis:

“Andai takdir begini. Tipu jika aku ckp aku kuat dan tidak merasa sakit teramat. Lebih baik sakit putus cinta daripada kehilangan orang yg kita cintai utk selamanya.

Aku hanya mampu tepuk dada tekan dada sambil merasakan peritnya perasaan ini. Orang yang sangat rapat dengan hatiku. Dimanakan ku cari ganti? Sedangkan separuh jiwaku telah pergi. Lelaki ini terlalu hebat dan sungguh baik hatinya, langsung tidak mementingkan diri sendiri.

Menghormatiku, mencintaiku dgn sepenuh hatinya dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Dialah sahabatku, jiwaku, cintaku dan bakal suamiku namun terlalu cepat utk dia pergi. Allahuakbar. Semoga tenang disana sayangku. Perit ya Allah! namun redhaWalaupun anda berjaya mencapai satu kejayaan selepas itu, anda sentiasa rendah hati. “

Lebih memilukan apabila Cathy tidak dapat menerima kenyataan bahawa bakal suaminya pergi terlalu cepat. Untuk mengubat rindunya pada Emy, dia telah menghantar mesej menerusi Whatsapp walaupun dia tahu mesej itu tidak akan dibalas. Mesej yang selalu mendapat ‘Blue Tick’ kini hanya tinggal ‘Grey Tick’.

Di ruangan komen ternyata teman-temannya memberi kata-kata dorongan supaya dia menjadi lebih kuat dan menyerahkan segalanya di tangan Tuhan.

Emy terbunuh di tempat kejadian selepas hilang kawalan menunggang motosikal berkuasa tinggi di jalan berbukit dan jatuh melanggar lori di Kampung Kelawat di Tuaran, Sabah.

Seorang pemuzik aktif dengan kumpulan basker, Buska Basker, jenazah Emy disemadikan di tanah perkuburan Kampung Simpangan Tuaran pagi ini.

Sumber NST Online via Hangat Dot Com

Artikel Berkaitan
‘Sebelum nahas, Emy AF2016 keluar rumah kelam-kabut’

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori.

Kejadian berlaku di Jalan Tamparuli-Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli, Tuaran pada jam 1 tengah hari tadi.

Zahrul Hilmi atau dikenali sebagai Emy, 25, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daedah Tuaran, Deputi Superitendan Dzulbaharin Ismail berkata, nahas berlaku akibat motisikal Kawasaki Z800 ditunggang mangsa dari arah Tamparuli menghala ke Ranau dipercayai hilang kawalan.

“Susulan itu, motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tiga tan dipandu lelaki berusia 55 tahun.

Anggota Buska Basker

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya seperti dilapor The New Straits Times.

Emy yang berasal dari Kampung Selupoh, Tuaran ialah anggota kumpulan Buska Basker. Arwah aktif semasa hayatnya dengan membuat persembahan di sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ahmad Daud, 53, ketika ditemui di hospital Tuaran berkata anak saudaranya keluar dari rumah dalam keadaan kelam kabut.

Tetapi dia sempat bersalaman dengan bapanya, Badrul Hisam Kumut, 50-an.

“Menurut ayah mangsa, arwah dikatakan mahu ke Ranau untuk bertemu dengan seorang lagi rakannya dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi, namun rakannya membatalkan niat manakala arwah tetap mahu pergi dan meneruskan perjalanan seorang diri.

“Selalunya dia akan minum dahulu sebelum menunggang motosikal untuk perjalanan jauh, tetapi kali ini tidak dan ia jelas dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya di Kingfisher Sulaman di Kota Kinabalu sebelum bersalam dengan ayahnya,” katanya.

Menurutnya, beberapa hari lalu, arwah yang juga juara Joharockstar 2016 sempat mengadakan persembahan di Tuaran.

“Ibunya dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat dan dijangka tiba di Kuala Lumpur esok sebelum bertolak ke Sabah.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah dua hari lalu dan menasihatinya supaya tidak menunggang motosikal terlalu laju dan dia menganggukkan kepala, tak sangka itu senyuman terakhirnya yang saya lihat,” katanya.

sumber: gedebakviral