‘Tuil ini berfungsi sebagai dimmer di waktu malam, bukan tempat untuk gantung barang’

Setiap kereta baru ataupun lama mempunyai cermin pandang belakang yang digunakan untuk melihat objek atau keadaan trafik di belakang kenderaan. Namun, sedarkah anda bahawa di bawah cermin tersebut mempunyai tuil kecil.

Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu apa fungsi tuil tersebut dan menyangka ia digunakan untuk menggantung barang perhiasan, botol pewangi atau pun pas kerja. Tuil ini sebenarnya berfungsi sebagai dimmer dan ia perlu digerakkan secara manual.

Ia amat diperlukan terutamanya jika anda memandu pada waktu malam. Sebagai contoh, anda memandu di waktu malam dan kenderaan di belakang secara tidak sedar menyalakan lampu tinggi atau kenderaan besar yang mana kedudukan lampunya agak tinggi sehingga menyebabkan penglihatan anda silau dan terganggu.

Sekiranya berlaku keadaan seperti itu, tolak saja tuil kecil di bawah cermin pandang belakang tersebut ke belakang dan cerminnya akan dicondongkan. Cahaya terang dari lampu kenderaan belakang akan dibiaskan sekali gus mengurangkan cahaya silau. Dalam masa yang sama, anda masih dapat melihat kenderaan di belakang dalam keadaan yang agak gelap, tetapi masih dapat dilihat dengan jelas.

Beringatlah, tuil kecil tersebut bukan tempat untuk menggantung barang perhiasan. Manfaatkan fungsi tuil tersebut dan memandulah dengan keadaan yang tenang tanpa perlu ‘membabikan’ kenderaan yang menyalakan lampu tinggi. Sumber: Mekanika, @IzwanHs

Sumber : https://thetrendingnow.blogspot.com