[VIDEO] KELINCAHAN GERAK TARI IZARA AISHAH PERSIS RATU BOLLYWOOD DEEPIKA PADUKONE!

Selain berbakat dalam lakonan, peminat Izara Aishah sudah tentunya tahu kebolehan aktres ini menari. Malahan video tariannya pernah viral beberapa tahun lalu membuktikan bakat serba boleh yang dimilikinya.

Izara yang juga wajah ilham untuk koleksi Raya satu jenama pereka fesyen terkenal mempersembahkan tarian Bollywood dalam fashion show yang diadakan sebentar tadi.

Ala ratu Bollywood

Persembahan tarian Izara itu memukau hadirin dengan gerak langkah bak pelakon Bollywood sebenar. Apatah lagi dengan penampilan dan gayanya yang ditatarias dengan busana rekaan pereka terkemuka Rizalman Ibrahim. Tahniah Izara, memang power habis!

Sumber: Intrend , Stailista by Anwar Razali , Melinda Looi

Kredit; Ohbulan