Wanita ini berkongsi cara mudah dan menjimatkan untuk membersihkan plak gigi anda – hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah ada di rumah

Plak adalah sesuatu yang dialami oleh semua orang yang mempunyai gigi. Ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk menyingkirkannya kerana anda perlu pergi berjumpa dengan doktor. Namun, wanita ini mengetahui cara yang mudah dan menjimatkan.

Neneknya telah mengajarnya cara untuk menghilangkan plak di gigi semasa dia masih kecil dan cara ini telah berjaya membuatnya berjimat sejak bertahun-tahun. Ia adalah cara yang mudah dan cepat, hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah ada di rumah. Malah, dia berkata cara ini terbukti secara saintifik.

Caranya adalah sangat mudah dan anda boleh melakukannya di rumah malam ini.

Apa yang anda perlukan:

#1. Garam

Apa yang anda perlukan adalah garam yang biasa anda gunakan. Kira-kira satu sudu teh sudah cukup. Masukkannya dalam bekas kecil atau cawan.

#2. Serbuk penaik

Tambah kira-kira dua sudu serbuk penaik ke garam. Campurkan dengan teliti.

#3. Air

Perlahan-lahan masukkan kira-kira satu sudu air dan kacau.

Pastikan campuran tersebut cukup pejal untuk diletakkan di berus gigi anda.

Cara-caranya:

Sekarang, apa yang perlu anda lakukan adalah berus gigi dengan ubat gigi buatan sendiri. Berus selama kira-kira tiga minit dan cuba untuk mencapai semua gigi anda. Kemudian bilas dengan air.

Mudah kan?

Ulangi prosedur ini sekali atau dua kali sebulan.

Petua: Elakkan ubat gigi terkena pada lidah anda – ia rasa masin dan pahit.

Tonton video ini untuk melihat sejauh mana kaedah ini berkesan:

Era Baru