10 Gaun Pengantin Selebriti Ala Princess Yang Harganya Berpuluh Ribu No.7 Pasti Buat Anda Terkejut Harganya…

Bertepatanlah dengan ayat ‘raja sehari’, hampir semua diantara kita mengimpikan perkahwinan indah bagaikan puteri raja. Tidak kira samada mengambil tempahan khas reka bentuk mengikut cita ras sendiri atau ada yang mengambil jalan pintas dengan membuat sewaan gaun di butik-butik kahwin.

Busana puteri raja sinonim dengan gaun kembang dilengkapi mahkota yang terletak cantik di kepala. Manakala si lelaki pula segak tampan dengan persalinan sut lengkap. Untuk anda yang ingin mencari inspirasi selebriti yang pernah tampil bergaun kembang semasa hari persandingannya, klik gambar seterusnya!

1)Amyrarosli dan Amar Baharin

2)Aliff dan Isteri

3)Datin EIna Azman Datuk Paduka Kaiser

4)Fattah amin dan Fazura

5)Rozita che wan dan zain

6)Jihan Muse dan Ungkuhariz

7)Anzalna dan Hanifzaki

Belum habis lagi sebenarnya kisah gaun pengantin Anzalna Nasir yang mula diperkatakan ramai sejak beberapa minggu yang lalu ini, khabarnya kecantikan dan keunikan gaun tersebut dapat perhatian seluruh dunia.

Anzalna Nasir memaklumkan yang ramai pelanggan baru menghubungi penaja gaun tersebut iaitu Cosry untuk menempah baju pengantin yang sama untuk majlis perkahwinan mereka.“Tiga hari selepas majlis selesai, saya dimaklumkan yang ada pelanggan dari Sarawak menghubungi pihak Cosry. Pelanggan itu mahu menempah gaun baru tetapi dia mahu rekaan yang sama seperti saya gayakan”

“Malam tadi pula, pihak Cosry hubungi saya dan mengatakan yang ada pelanggan dari negara Arab Saudi mahu membeli baju yang telah saya pakai. Saya ingatkan main-main sahaja, rupa-rupanya perkara ini serius

“Saya terkejut kerana pelanggan itu meletakkan harga USD25,000 terhadap baju tersebut”

“Pelanggan itu mahukan gaun yang saya pakai di majlis resepsi itu kerana mereka sudah tertarik dengan rekaan gaun tersebut. Pelanggan tersebut tidak mahu gaun baru kerana takut detailing yang ada pada baju tersebut nanti tidak sama dengan yang asal,” tambahnya.

Memang hebat betul penangan gaun pengantin Anzalna Nasir sehingga ada yang sanggup meletakkan harga tinggi sebegitu. Bertuah badan kerana ada memori indah lain yang lahir di hari perkahwinan,

8)Mawar Rashid dan Raf Yaakob

9)Dato ct dan datuk khalid

Gaun pengantin yang akan dipakai oleh penyanyi terkenal tanah air, Siti Nurhaliza, 27, pada perarakan persandingan bersama Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dianggarkan bernilai antara RM40,000 dan RM50,000.

Ini dinyatakan oleh perekanya, Khoon Hooi kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, beliau akan mereka sehelai gaun sutera berwarna krim yang disulami kristal untuk dipakai Siti pada hari perkahwinannya.

“Dalam masa terdekat ini, saya akan berjumpa Siti untuk menunjukkan lakaran pakaian yang telah saya siapkan.

“Untuk Datuk Khalid pula, saya akan menyiapkan tuxedo,” katanya.

Katanya, beliau menerima tawaran itu melalui panggilan telefon daripada Pengurus Siti, Rozie Abdul Razak pada Ahad lalu ketika berada di Singapura.

“Rozie tidak memberitahu lebih mendalam tentang perkahwinan Siti. Dia menyuruh saya mereka pakaian pengantin yang sesuai ketika diarak menaiki kereta kuda,” jelasnya.

Seorang lagi pereka pakaian pengantin untuk Siti, Natrah Hisham dari Butik Embun ketika dihubungi memberitahu beliau akan bertanggungjawab mereka pakaian Siti dan Datuk K yang bertemakan konsep tradisional.

Namun Natrah belum dapat memastikan berapa helai pakaian yang akan direka dan warnanya kerana semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan.

“Saya baru berbincang dengan Datuk K dan Siti hari ini dan dalam masa terdekat keputusan akhir akan dibuat.

“Apa yang saya tahu, saya akan mereka kebaya moden daripada kain lace yang berlabuci. Saya juga diminta menghasilkan pakaian untuk ahli keluarga kedua-dua pasangan itu,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah kos keseluruhan pakaian itu.

Menurut Natrah, dia dimaklumkan tentang tawaran Siti pada Ahad lalu.

Pereka fesyen kegemaran Siti Nurhaliza, Michael Ong pula mengakui, beliau diberi tanggungjawab oleh pihak Siti untuk mereka gaun pengantin bagi acara memotong kek.

“Mereka minta saya buat dua helai gaun untuk acara memotong kek. Setiap sehelai berwarna putih dan merah jambu dibuat daripada sutera. Tiap-tiap sehelai gaun itu berharga RM35,000.

 

Sumber : jelita / pahooopah.com