Amri Che Mat dan Raymond Koh Sebenarnya Diculik Oleh Polis?

Masih ingat lagi tak pasal aktivis Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh? Mereka berdua hilang, dipercayai diculik pada tahun 2016 dan 2017 dan sehingga kini masih tiada berita.

Terbaru, isteri kepada Amri Che Mat, Norhayati Mohd Ariffin sehingga kini tak putus memperjuangkan keadilan untuk suaminya. Menurut MalaysiakiniNorhayati memberikan keterangan kali kedua pada hari ini dalam siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) terhadap kehilangan suaminya dan pastor Raymond Koh.

Sumber: Malaysiakini

Keterangan kali kedua ni susulan kepada laporan polis yang dibuat olehnya pada 15 Mei lalu kerana mendapat maklumat baru mengenai kehilangan suaminya daripada Pegawai Cawangan Khas di Perlis, Shamzaini Mohd Daud.

Sumber: The Malaysian Insight

Menurut The Malaysian Insight, Norhayati berkata Pegawai Cawangan Khas itu yang ditemuinya buat kali pertama memutuskan untuk tampil mendedahkan mengenai penculikan tersebut hanya kerana kerajaan baru.

“Dia juga berkata dia berani bercakap kerana nama-nama lembaga teratas dalam pasukan polis yang terlibat sudah diketahui umum.”

Dalam keterangannya, Norhayati mendakwa pegawai yang dikenalinya sebagai Sarjan Shamzaini berkata suaminya telah diambil oleh sekumpulan pegawai polis dari Bukit Aman dan ia “pasukan” sama yang telah mengambil Koh pada 13 Februari 2017.

Sumber: Blog

Dia juga mendakwa, Shamzaini berkata walaupun sebelum kehilangan Amri pada 24 November 2016, satu pasukan polis di Perlis telah pun bertugas mengawasi suaminya.

“Shamzaini kata beliau buat keputusan untuk bercakap tentang Amri kerana tidak mahu terbabit.”

“Saya tanya kepadanya sekali lagi adakah dia seorang anggota polis dan ketika itulah dia menunjukkan kad kuasa polisnya”

Difahamkan Shamzaini memberitahu beliau dah menjadi polis selama 10 tahun di Kuala Lumpur dan lapan tahun di Perlis.

Harap kes ini akan selesai dan mangsa dijumpai.

Sumber: lobakmerah