Barisan Nasional Akan Pantau Perlaksanaan Janji 100 hari manifesto Kerajaan Pakatan Harapan. Zahid Hamidi

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memainkan peranan sebagai pembangkang untuk memantau setiap tindakan kerajaan khususnya bagi menunaikan segala janji-janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan, kata Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu, berkata UMNO dan BN merasakan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tentulah rakyat mengharapkan segala janji-janji mereka dalam manifesto khususnyanya untuk 100 hari pertama dapat ditunaikan.

“Mereka (Pakatan Harapan) telah mengangkat sumpah dan mula menjalankan tugas. Kami mengucapkan selamat menjalankan tugas demi negara dan rakyat keseluruhannya.
Video Player

00:00

00:00

“Kami di dalam UMNO tentunya akan memerhatikan setiap langkah dan tindakan–tindakan kerajaan baharu ini dan tentunya kami sebagai pembangkang akan membangkang secara konstruktif.

“Pada masa yang sama kami akan melihat pelaksanaan dan pelunasan semua janji-janji yang termaktub di dalam manifesto yang telah dikemukakan oleh mereka,” kata Ahmad Zahid selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, pihaknya juga sudah membincangkan peranan yang akan dimainkan oleh 54 ahli parlimen daripada UMNO serta 24 ahli parlimen yang lain di dalam BN.

Ahmad Zahid berkata, perbincangan ini bagaimana parti itu akan bergerak ke depan dan menentukan segala rancangan yang disusun akan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Sebagaimana yang kita maklumkan, kita sedang menstrukturkan semula bukan hannya soal penjenamaan tetapi tentang kerja-kerja yang kita susun selain melihat beberapa perkara yang perlu bukan hanya kepada UMNO tetapi juga kepada BN.

“Kita menghormati pandangan rakan-rakan kita daripada parti komponen begitu juga pandangan daripada kerajaan BN di Sarawak, Sabah yang kita tahu mereka tetap kekal dan utuh bersama BN di peringkat pusat,” tambahnya.

Video Penuh

Sumber : Utara News