DESAS DESUS PERKAHWINAN DIRAJA, INI RESPON NURUL IZZAH

PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar menafikan mesej palsu yang diedarkan di media sosial yang mengatakan beliau akan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketika dihubungi melalui WhatsApp pada Isnin, naib presiden PKR itu menolak dakwaan tersebut dan berkata ada perkara yang lebih penting perlu diberi perhatian.

“Tolong abaikan berita palsu yang disebar. Terima kasih.

“Marilah kita semua memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang ada  – menyelamatkan ekonomi Malaysia,” katanya.

Pada Khamis lepas (24 Mei), ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Lawatan itu yang pertama untuk Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ia adalah pertemuan tertutup yang berlangsung selama sejam.

Walau bagaimanapun, mesej tular itu memutar fakta dan mengatakan bahawa Anwar dan Wan Azizah telah bertemu dengan Raja untuk membincangkan perkahwinan.

(Sebelum ini 2015) Penceraian Nurul Izzah Anwar dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar

Perkahwinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berakhir selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah.

Raja Ahmad Shahrir, 36, ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang berkata, “Saya Raja Ahmad Shahrir Iskandar dengan ini menceraikan isteri saya, Nurul Izzah Anwar dengan talak satu mulai hari ini”.

Nurul Izzah, 35, yang berdiri di sebelah peguamnya Nor Mawaddah Ramli kelihatan serius dan tenang selepas Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membenar dan mensabitkan jatuh talak satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara bersama.

“Selepas mendengar lafaz cerai dari pihak defendan (Raja Ahmad Shahrir) mahkamah berpuas hati bahawa lafaz tersebut adalah benar dan memberi kesan kepada ikatan perkahwinan.

“Mahkamah dengan ini mensabitkan jatuh talak satu kali pertama mulai hari ini, jam 4.17 petang ini, ke atas Nurul Izzah Anwar selaku plaintif,” katanya yang turut memerintahkan Nurul Izzah beriddah tiga kali suci.

Terdahulu, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, memberitahu mahkamah bahawa, kedua-dua pihak bersetuju sekiranya mereka berkahwin lain, hak penjagaan anak tertakluk mengikut Seksyen 82 dan 83(a)

Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu menyatakan sekiranya isteri berkahwin dengan lelaki lain, hak penjagaan anak-anak boleh diserahkan kepada pihak suami.

Semasa ditemui media di luar mahkamah, Raja Ahmad Shahrir kelihatan sebak ketika diminta mengulas mengenai pengakhiran perkahwinannya dan berkata “sila bercakap dengan peguam saya”.

Nurul Izzah pula pada mulanya enggan memberikan sebarang komen tetapi kemudiannya berkata “Thank you for respecting my privacy” (Terima kasih kerana menghormati privasi saya).

Azmi memberitahu media bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membuat tuntutan mutaah (bayaran saguhati wajib untuk isteri yang diceraikan), iddah dan harta sepencarian tetapi pihak defendan bersetuju untuk membayar nafkah kedua-dua anak sebanyak RM1,500 sebulan.

“Mengenai hak penjagaan terhadap kedua-dua anak; telah dipersetujui secara bergilir iaitu kedua-dua anak tersebut akan bersama dan bermalam dengan plaintif bermula pada hari Isnin, jam 8 malam sehingga Jumaat jam 6 petang.

“Manakala anak-anak tersebut akan bersama defendan bermula hari Jumaat jam 6 petang sehingga Isnin, jam 8 malam,” katanya.

Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju bahawa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha bersama anak-anak adalah secara bergilir tahun.

Bagi Hari Raya Aidilfitri tahun 2015, kedua-dua anak tersebut akan bersama dengan plaintif pada malam hari raya sehingga petang hari raya ketiga.

Defendan boleh mengambil kedua-dua anak tersebut pada petang hari raya ketiga di rumah plaintif.

Nurul Izzah, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai pada Dis 2013 mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan, kini berumur lapan tahun, dan seorang anak lelaki kini berusia lima tahun.

(Sebelum ini 2014) Perkahwinan Neelofa & Kerabat Gosip Semata-mata – Sumber Kerajaan Negeri Kelantan

Pastinya salah satu topik ketika ‘open house’ hujung minggu lalu ialah desas-desus perkahwinan Neelofa dengan kerabat diraja Kelantan. Gosip ini telah tersebar luas semenjak dua ini. Ramai yang tertanya-tanya mengenai kebenaran desas-desus ini lebih-lebih lagi setelah Neelofa enggan memberikan sebarang komen. Pasti ramai yang mahu kepastian lebih-lebih rakyat negeri Kelantan sendiri.

neelofa

Menerusi Berita Harian baru-baru ini (2014), sumber dari kerajaan negeri Kelantan menafikan kebenaran desas-desus dan gosip ini. Ia adalah tidak benar sama sekali dan hanyalah gosip semata-mata. Kata sumber tersebut:-

Berita mengenai perkahwinan membabitkan kerabat itu tidak benar sama sekali dan itu hanya gosip semata-mata. Saya sudah mengetahui perkara ini sejak beberapa minggu lalu, namun berita itu palsu.

Justeru saya meminta semua pihak menghentikan spekulasi berkenaan terutama individu yang dikatakan dengan Neelofa adalah kerabat diraja.

Kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar

neelofa kahwin sultan kelantan

Sehingga ke hari ini, Neelofa masih mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenai desas-desus ini. Tiada sebarang penafian atau pengakuan yang dilakukan oleh pelakon serta pengacara yang baru berhijrah ini. Mungkin ia adalah satu langkah selamat. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Neelofa bertemu jodoh yang baik untuk dirinya. Semoga kebahagiaan akan menjadi miliknya satu hari nanti.

Sumber :
1. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/29/bukan-kahwin-sultan/
2. http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2015/01/15/cerai-izzah-raja-shahrir/#g7DuFsqR5HAzx8rY.99
3. https://beautifulnara.com/perkahwinan-neelofa-kerabat-gosip-semata-mata-sumber-kerajaan-negeri-kelantan/
4. http://hmedia.host/2018/05/desas-desus-perkahwinan-diraja-ini-respon-nurul-izzah/