Dikatakan bakal bernikah dengan Agong, Nurul Izzah minta rakyat tumpu isu negara.

BARU-BARU ini tular di media sosial mengenai khabar angin Nurul Izzah Anwar yang dikatakan bakal bernikah dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Naib Presiden PKR itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut selain meminta agar semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting.

“Tolong abaikan berita palsu yang tersebar. Marilah kita memberi perhatian kepada kerja menyelamatkan ekonomi negara,” beliau dipetik berkata oleh portal mStar.

Pada Khamis, ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri, dan Anwar, Ketua Umum PKR, turut membuat kunjungan hormat mengadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan ayahanda Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra.

Pertemuan tertutup itu sebagai mempersembahkan ucapan penghargaan dan terima kasih Anwar kepada Istana Kelantan susulan pengampunan diraja yang diperkenankan.

Lawatan tersebut bagaimanapun telah disalah anggap sebagai kunjungan bagi membincangkan hal perkahwinan Nurul Izzah.

Nurul Izzah sebelum ini pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003.

Perhubungan itu bagaimanapun berakhir selepas pasangan itu bercerai talak satu pada Januari 2015.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

video tutorial tudung bawal yang selalu Nurul izzah pakai..kalau cantik tu tudung apepun tetap cantik pakai 

sumber : astro awani

video : KDK