“Hangpa sihat ka? Alhamdulillah abang okay..” – Keadaan Mr. Grey semakin pulih selepas terkena sakit misteri

Keadaan kesihatan pelakon utama drama popular Mr Grey iaitu Fendy Bakry yang dikatakan mengalami penyakit misteri kini menunjukkan perubahan positif setelah beberapa minggu menerima rawatan.

Menurut laporan Astro Awani menerusi kenyataan syarikat pengurusannya Prokuya Studios iaitu Fadzil Zahari berkata, perkembangan positif Fendy menggembirakan mereka yang sentiasa berdoa supaya pelakon itu kembali sihat.

Tambah Fadzil, Fendy kini telah mempunyai selera makan dan sudah boleh berbual bersama ahli keluarga dan rakan terdekat namun pihaknya serta keluarga enggan mendedahkan penyakit yang dialami Fendy sehingga dapat disahkan.

Sementara itu, Fendy juga telah memuat naik video promo drama lakonannya di laman Instagram serta turut memberitahu peminat bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on Apr 29, 2018 at 11:25pm PDT

“Salam semua… hangpa sihat ka? Alhamdulillah abang okay… kita jumpa lagi malam ini,” katanya menerusi kapsyen yang menggunakan loghat Utara.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan pulang ke kampungnya di Perlis untuk berubat selepas terkena penyakit misteri ketika menjalani penggambaran drama tersebut.

Sumber : ohmymedia