Lepas diajar hidup susah, ada ‘perjanjian’ antara anak & Aliff Syukri

PETALING JAYA : SELEPAS MENGUNDANG KONTROVERSI KERANA MENINGGALKAN ANAK-ANAK DI RUMAH ORANG LAIN UNTUK DIDEDAHKAN DENGAN CARA HIDUP SUSAH, NAMPAKNYA ADA BERITA BAIK BUAT USAHAWAN KOSMETIK, DATUK SERI ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN.

Kini, ketiga-tiga anak jutawan itu, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6, akan lebih berdikari dengan membuat kerja rumah tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah semata-mata.

Video penuh di akhir artikel.

Menurut Aliff pada halaman Instagramnya pada malam Selasa, beliau membaca setiap komen positif dan negatif susulan video-video dirinya mahu mengajar anaknya supaya hidup susah, baru-baru ini.

“Saya akur sebab setiap ibu bapa ada cara didikan anak dia sendiri… setuju tak?

“Selepas kejadian tempoh hari… Baem Adham (Ibraheem), Ammar Ahyan dan Qadejah akan basuh toilet sendiri, mandi sendiri, makan dengan banyak, basuh pinggan sendiri dan bangun jam 7 pagi tanpa perlu digerak lebih dua kali,” katanya.

Lepas diajar hidup susah, ada ‘perjanjian’ antara anak & Aliff Syukri

Selain itu, terdapat ‘perjanjian’ yang harus dipersetujui anak-anak Aliff sebagaimana yang dipaparkan dalam program realitinya, Oh! Abang Kosmetik, di mana antaranya tiga beradik itu perlu bersiap lebih awal untuk ke kelas mengaji dan perlu terus mandi sekiranya terlewat balik dari sekolah.

Pada Ahad malam lalu, Aliff memuat naik dua video di akaun Instagramnya, menunjukkan ketiga-tiga anaknya dihantar ke sebuah rumah, dipercayai selama seminggu untuk belajar bagaimana hidup susah dan berdikari.

Menerusi dua video tersebut, kelihatan anak bongsu Aliff, Baem menangis kerana ditinggalkan oleh usahawan itu dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.

Walaupun hanya kedengaran Baem menangis, namun dua lagi anak pasangan itu, Ammar dan Qadejah turut dilihat bersedih.

Lepas diajar hidup susah, ada ‘perjanjian’ antara anak & Aliff Syukri

Dua video tersebut mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan itu keterlaluan untuk mengajar anak yang masih kecil, tetapi Alif kemudian memberi penjelasan mengenai sebab beliau berbuat demikian.

“Kenapa saya hantar sebab nak mereka belajar hidup berdikari, pandai makan dan basuh pinggan, pandai kemas katil, pandai urus diri.

“Di rumah saya semua kerja diuruskan oleh pembantu rumah… siap dengan pemandu, pengawal peribadi, tukang kebun. Jadi, dia (anak-anak) tak rasa susah macam saya rasa,” katanya.

Sehubungan itu Aliff berharap tindakannya itu tidak dibuat perbandingan kerana setiap ibu bapa mempunyai cara mereka masing-masing dalam mendidik anak.

Seterusnya..

Lepas diajar hidup susah, ada ‘perjanjian’ antara anak & Aliff Syukri

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Selamat datang ke channel ini HANYA VIDEO TERBAIK DAN TERKINI. Kami menyajikan pelbagai video informasi dan gaya hidup khas untuk tontonan anda. Kejadian atau rakaman yang dirakam dalam keadaan sengaja mahupun tidak ini adalah satu nilai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Samada kejadian yang menyedihkan ataupun yang menyeronokan ,melucukan serta video-video yang berunsurkan tauladan. Yang pasti, setiap rakaman kehidupan mempunyai nilai sentimental dan dramatik tersendiri. Jangan dinilai dahulu sebelum anda menonton video ini kerana ia pasti membuatkan anda tertanya-tanya

Sedikit cerita tentang video ini. Mengisahkan dua orang lelaki didalam sebuah bilik bermain teka teki dimana seorang daripadanya akan memberikan rm50 jika dapat menjawap teka teki. Lelaki yang sedang berbaring itu telah memberi satu teka teki yang paling win.. Hahahaha..

Jika anda ingin terus menonton video dari channel HANYA VIDEO TERBAIK DAN TERKINI ini dan menjadi sebahagian daripada kami, anda boleh terus melawat web dengan klik link dibawah

www.dharian.com

Anda ingin mengetahui cerita selanjutnya? sila tonton video ini sampai ke hujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap.

Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan sila berhubung dengan admin laman web ini.

Video yang dipaparkan didalam channel ini adalah untuk bukan untuk mengaibkan sesiapa samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tetapi ia hanyalah sekadar hiburan dan menjadikan pengajaran serta pedoman kepada kita semua semata mata. “Yang baik dijadikan pedoman dan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan”

Terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa menonton video yang ada didalam channel HANYA VIDEO TERBAIK DAN TERKINI. Share jangan tak share ye.

Sila tonton video:

Sumber: