“Najib dilayan jauh lebih baik dari saya” – Anwar

Kalau ada yang tanya macam mana rasanya perit hidup keluar masuk penjara, difitnah dan rumah seringkali diserbu anggota polis, Datuk Seri Anwar Ibrahim lah yang patut korang jadi rujukan. Turun naik mahkamah dan masuk keluar penjara ni dah tak apa-apa dah buat Anwar. Semua dah biasa dilalui.

Namun ketika ditanya dalam interview bersama Arab News dari Arab Saudi mengenai kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasakan kerajaan sekarang tidak melayan beliau dengan baik dalam menjalankan proses siasatan, Anwar agak tak bersetuju, lapor WORLD OF BUZZ.

Sumber: WOB

“Sejujurnya, saya pernah lalui situasi tu. Saya faham kesukarannya,” kata Anwar.

Tapi bagi saya, dia telah dilayan dengan baik hingga setakat ini, jauh lebih baik daripada minggu-minggu awal ketika saya diheret dan dipenjarakan.” 

“Walau bagaimanapun, apa saja permintaan yang dia rasa dia nak buat, dia patut buat.”

Sumber: WOB

Dalam interview tersebut juga, Anwar menjelaskan bagaimana beliau boleh membuat keputusan untuk bergabung dengan musuh kini sekutu bersama Tun Dr Mahathir untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

“Pilihan raya dan kepayahan ini bukan saja mengenai saya – ia juga mengenai apa yang kita boleh buat untuk selamatkan negara ni. Dan kalau bekerja dengan Mahathir caranya, saya baik dengan ini,” katanya lagi.

Sumber: WOB

Di akhir interview tersebut, pemimpin PKR ini berharap amalan rasuah bakal dihentikan segera dalam kerajaan.

“Projek yang diberikan kepada kroni yang sepatutnya berharga 20 juta tetapi 40 juta ini patut dihentikan. Kami telah beri komitmen untuk menghentikan perkara kotor ini.

“Rakyat tak sepatutnya sokong kerajaan yang korup,” tambah Anwar.

Apa-apapun admin doakan semoga bekas Perdana Menteri kita bersabarlah dengan dugaan yang menimpa. Kepayahan sekarang mencuci dosa silam.

Sumber: lobakmerah