NAJIB RAZAK AKHIRNYA MENJAWAB KEPADA LIM GUAN ENG TENTANG 1MDB. INI JAWAPAN NAJIB RAZAK

‘Najib perlu jelaskan mana pergi RM33 bilion dana 1MDB’
SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO PENUH

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB.

“Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011?

“Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$S3.5 bilion (RM14 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-logi pejana kuasa di Malaysia?

“Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$3.0 bilion (RM12 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2013 untuk pembangunan TRX?” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lim berkata demikian seagai membidas Najib yang pada Jumaat lalu menafikan kenyataan menteri kewangan itu bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion untuk ‘bail out’ 1MDB.

Tiga isu yang disebutkan Lim merujuk kepada antara perkara yang sering dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dan 1MDB.

SUMBER : MKINI


NAJIB TIDAK PERLU JAWAB LIM
lim guan eng

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dinasihatkan bahawa tidak wajar menjawab soalan-soalan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai 1MDB kerana pihak berkuasa menyatakan siasatan masih dijalankan.

Dalam kenyataan dua perenggan hari ini, bekas perdana menteri itu berkata dalam konteks yang terhad ini, beliau tidak nampak apa-apa faedah untuk melibatkan diri dalam wacana umum dengan Lim mengenai isu tersebut.

“Saya akan – apabila dan jika perlu – membincangkan hal itu pada forum yang berkenaan,” kata beliau merujuk kepada kenyataan Lim yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata Najib selaku bekas menteri kewangan harus bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab terhadap skandal 1MDB.

Beliau juga membangkitkan banyak soalan mengenai pelaburan bernlai AS$8.33 bilion (AS$1 = RM3.98) yang dibuat oleh 1MDB antara 2009 dan 2013.

Lim juga meminta bekas perdana menteri itu menjelaskan berhubung beberapa transaksi yang telah dibuat.

SUMBER : MALAYSIA KINI via KL VIRAL
Sumber: sinarvirall