PERDANA MENTERI TUN MAHATHIR UMUM AKAN ADA BONUS PENJAWAT AWAM SEBELUM AIDILFITRI. NAMUN INI KATA TUN TENTANG BONUS ITU.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memaklumkan bahawa kakitangan awam akan diberi bonus sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Bagaimanapun katanya, jumlah bonus berkenaan belum dapat dipastikan lagi.

“Kita akan bagi bonus, banyak mana tidak tau lagi,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut dihadiri oleh Pengerusi PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada 1.6 juta penjawat awam.

Sebanyak RM1,000 sudah dibayar pada Januari lepas manakala bakinya dijadualkan sebelum sambutan Aidilfitri.

SUMBER : ASTRO AWANI
BAYARAN BONUS AIDILFITRI 2018
Dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan bayaran khas sempena Aidilfitri 2018 sebanyak RM500.00 kepada semua penjawat awam persekutuan.

Untuk makluman anda juga, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan segala Faedah, Bonus Serta Imbuhan Penjawat Awam Kekal di Bawah Pentadbiran Kerajaan Baru.

Berdasarkan pengumuman tersebut, dikongsikan maklumat bayaran bonus Aidilfitri khas untuk penjawat awam tahun 2018.
Makluman Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Kepada Kakitangan Awam

Bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM500.00 untuk penjawat awam ini akan dibayar pada 7 Jun 2018, seperti yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2017 (JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (21)).

Malah, bayaran khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM250.00 juga akan diberikan kepada semua pesara kerajaan yang menerima pencen.

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan syarat bahawa pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2018.

Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018. Pekeliling Perkhidmatan Awam Berkaitan Pembayaran Khas Aidilfitri 2018 

Sumber : Kerjaya.co

SUMBER: KL VIRAL
‘BR1M’ AKAN DIBERIKAN SEBELUM MENJELANG AIDILFITRI TETAPI SESUATU YANG BESAR AKAN DIUBAH TENTANG BR1M JUGA

PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), agihan wang tunai yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan tetap dibayar pada Jun ini.

Beliau menambah, maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut akan diumumkan pada minggu depan.

“Sepertimana yg diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun @chedetofficial (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri,” katanya menerusi status di akaun Twitter miliknya pada petang Sabtu.
PERUBAHAN MENGENAI BR1M
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bagaimanapun, BR1M akan diberikan nama lain.

Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan menerima BR1M sejak awal tahun ini.

Terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan tetap bersetuju meneruskan pemberi­an BR1M yang diperkenalkan oleh BN sebelum ini bertu­juan meringankan kos hidup golongan berpendapatan rendah.

Dr Maha­thir berkata, kerajaan bagaimanapun akan mengkaji struktur bantuan tersebut supaya tidak dilihat sebagai alat untuk memberi rasuah kepada rakyat agar menyokong kerajaan.

SUMBER : MSTAR ONLINE
Tun M jamin hutang negara mampu dikurangkan
Tun Dr Mahathir

Kerajaan percaya hutang negara RM1 trilion dapat dikurangkan kepada kira-kira RM800 bilion.

Dalam satu temubual dengan stesen penyiar Voice of America (VOA), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menemui kaedah terbaik bagi mengurangkan hutang negara dan sedang dibincangkan dengan rakan komponen Pakatan Harapan.

Menurutnya, kerajaan sebelumnya mengumpulkan sejumlah besar pinjaman dari negara lain, dari bank asing dan malah juga dari sumber-sumber tempatan dan perkara utama yang perlu dilakukan adalah memastikan bahawa pinjaman itu dapat dibayar.

“Malah, kita juga akan cuba mengurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam,” katanya.

Dr Mahathir menambah, kerajaan kini menghadapi isu hutang besar kerana ia mewarisi sistem kewangan yang telah “dimusnahkan” oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, situasi ini tidak serupa berbanding sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri dahulu.

“Saya harus perkenalkan dengan idea-idea baru bagi memastikan pertumbuhan dan pembangunan Malaysia berjalan baik. Tetapi di sini, saya berurusan dengan sebuah negara yang sebenarnya telah musnah. Sistem kewangannya telah musnah,” katanya.

Sementara itu, menurut VOA, Mahathir juga menolak tanggapan bahawa beliau memikirkan semula untuk menghapuskan undang-undang Antiberita Tidak Benar.

Beliau berkata, perlu ada kawalan terhadap media bagi memastikan tiada berlakunya isu-isu yang mencetuskan ketegangan kaum.

SUMBER : SINAR HARIAN