Reaksi YB Nurul Izzah Ditegur Pemanggil Radio Pakai Tudung “ Terselak Nampak Bentuk “ Dikecam Netizen.

Skrol Video Di Bawah:-

NGO luah kebimbangan wanita dan gadis terima lelaki boleh tentukan bagaimana mereka hendak berpakaian dan berkelakuan.

PETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) berkata terdapat isu dasar berhubung kejadian gangguan seksual dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini dan perlu ditangani pada aras lebih sistematik.

Pengurus Komunikasi SIS, Majidah Hashim berkata kejadian jelek yang dialami Nurul Izzah itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Merujuk kepada kempen “Ops Sopan” yang dijalankan di Kelantan, Majidah berkata, ia contoh bagaimana pihak berkuasa tempatan menyetujui peraturan dan pemantauan bagaimana seorang wanita patut atau tidak patut berpakaian, dan mengenakan hukuman ke atas ketidakpatuhannya.

“Sangat membimbangkan apabila perbuatan begitu menjadi kebiasaan baru dalam masyarakat kita dan orang ramai pula dibentuk untuk menganggap menghukum seseorang atau menegur wanita tentang cara berpakaian mereka secara terbuka adalah ‘okay’,” katanya.

“Juga membimbangkan apabila wanita dan gadis menjadi terbiasa dengan sentimen itu, dan menerima bahawa orang lelaki boleh menentukan bagaimana mereka harus berpakaian atau berkelakuan.”

Majidah mengulas gesaan 2 kumpulan masyarakat sivil supaya undang-undang gangguan seksual Malaysia diperhalusi berikutan kejadian Nurul Izzah dikutuk seorang pemanggil kerana tidak memakai tudungnya dengan “betul” dalam satu temu bual langsung di di laman Facebook.

Majidah berkata, kejadian itu akan menyemarakkan lagi insiden tidak hormat antara gender dalam masyarakat dan usaha tegas serta tersusun hendaklah diambil bagi mengubah keadaan.

Namun begitu, beliau mengaku mengubah cara berfikir masyarakat bukanlah mudah, terutama yang diperkuatkan oleh nilai patriaki sejak sekian lama.

“SIS percaya inilah sebabnya kenapa perwakilan minimum 30% wanita dalam Kabinet penting bagi mewujudkan sikap kritikal di dalamnya untuk memajukan polisi serta undang-undang yang bertumpuan wanita.”

Beliau berkata, ia juga akan menjadi tanda “era baru” bagi Malaysia, yang tidak mengabaikan kebolehan dan sumbangan wanita di semua peringkat masyarakat.

Sementara itu, Datin Marina Mahathir berkata, undang-undang gangguan seksual bukan sahaja satu kemestian, tetapi lebih penting rakyat dididik dari peringkat kanak-kanak tentang tingkah laku yang diterima dan yang tidak diterima.

“Lelaki yang menelefon Nurul Izzah itu tidak sedar percakapannya jelas tidak wajar, tetapi dia berasa berhak untuk ‘menegur’.”

“Anda tidak pernah terdengar wanita ‘menegur’ seorang penceramah lelaki, dan itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan ketaksamaan gender yang wujud. ‘Okay’ untuk lelaki tegur wanita, tapi wanita tak boleh pula.”

Bagaimanapun kata Marina, beliau gembira orang ramai memberi reaksi membantah pemanggil tersebut bagi menyedarkan beliau bahawa perbuatan buruknya itu tidak diterima umum.

Viral YB Nurul Izzah Ditegur Pemanggil Radio Pakai Tudung “ Terselak Nampak Bentuk “ Dikecam Netizen.Kredit – Jebart Mediahttps://youtu.be/Y4Fy9Yo_GoQ

Gepostet von Jamsari Msalehan am Sonntag, 27. Mai 2018

Sumber: freemalaysiatoday