SAYU!! LUAHAN KATA TERAKHIR LELAKI SELEPAS DI HUKUM SAMPAI MATI KERANA BUNUH PEROMPAK..

SAYU!! Luahan kata Terakhir Lelaki selepas di Hukum Sampai Mati Kerana Bunuh Perompak..

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana membunuh seorang lelaki di Kampung Labohan, Kerteh pada Disember 2015.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas tertuduh, Mohamad Zulkifli Ismail, 53, didapati bersalah mengikut pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh Zulkefle Abdullah, 37,di kawasan sebuah rumah di Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan, Kertih, jam 10.30 pagi pada 7 Disember 2015.

Selain itu, bapa kepada tiga anak yang didakwa mengikut Seksyen 326 KK turut dijatuhi hukuman 14 tahun penjara kerana mendatangkan cedera parah kepada Faizul Awang yang berusia 30 tahun ketika kejadian di lokasi, waktu dan hari yang sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam, Azizzul Shariman Mat Yusoff dan Ariff Azami Hussein.

Sumber: langitkelabu
Sumber: paduseyh