Zul Huzaimy Luah Rasa Syukur Timang Cahaya Mata Lelaki.

Selepas Sari Yanti menimang cahaya mata pada Khamis lalu, kini tiba pula giliran pelakon Zul Huzaimy menimang cahaya mata lelaki jam 11.20 pagi semalam.

Zul juga telah berkongsi sebuah video pendek bayi lelakinya itu (belum diberi nama) di akaun Instagram dan meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Nur Ernawati Mohamad dan bayinya kini berada dalam keadaan baik dan selamat.

Bayi mereka telah selamat dilahirkan seberat 3.48 kilogram di Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka (ibu dan bayi) kini berada dalam keadaan baik dan sihat.

Zul dan isterinya masih belum memilih nama yang sesuai untuk bayinya itu. Pelakon filem Remp-It itu berharap agar anaknya menjadi seorang pakar dalam bidang senibina dan seorang tahfiz Al-Quran.


Kertas pendaftaran bayi lelaki Zul dan isteri.

Keluarga bahagia.
Zul dan Ernawati telah berkahwin pada Februari 2015 dan dikurniakan seorang puteri iaitu Indah Armani.


Anak pertama Zul.
Zul Huzaimy telah bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad, 37 tahun dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awal Haziq yang kini berusia 12 tahun.

Sumber : Zul Huzaimy