Terkini SPRM Panggil Rosmah Mansor Berhubung Siasatan SRC International.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Rosmah Mansor ke ibu pejabatnya di Putrajaya Selasa minggu depan bagi membantu siasatan isu skandal SRC International Sdn Bhd.

Menurut notis SPRM itu, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir pada jam 11 pagi bagi merekodkan keterangannya.

Minggu lalu, SPRM menyoal-siasat Najib dua kali berhubung kes SRc International itu.
Video Player

00:00

00:00

Pada 2015, SPRM telah mengendalikan kes yang berkaitan dengan SRC International berhubung dana yang mengalir masuk ke akaun bank peribadi Najib.

Pada masa itu, laman web Sarawak Report mendakwa terdapat beberapa kad kredit yang digunakan berkait dengan akaun peribadi tersebut.

SRC International telah memperoleh dua pinjaman RM2 bilion berasingan daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP pada tahun 2011 ketika SRC masih lagi menjadi anak syarikat 1MDB dan pada tahun 2012 selepas ia diserap oleh Kementerian Kewangan.

Dana pinjaman tersebut dibelanjakan untuk pelbagai pelaburan di luar negara.

Pentadbiran Najib tidak mengumumkan jika mana-mana pelaburan ini telah menghasilkan hasil.

Malaysiakini melaporkan pada Rabu lalu, SRC International tidak mampu membayar hutang dan asetnya tidak dapat menghasilkan pulangan yang diperlukan bagi membayar pinjaman RM4 bilion daripada KWAP.

Oleh itu, Kementerian Kewangan telah membuat pembayaran tetap kepada KWAP.

Video Penuh :

PM Tun Dr M makbulkan hasrat Rosmah kekalkan PERMATA.

Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor agar PERMATA dikekalkan mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata, program itu tidak lagi akan diletakkan di bawah perdana menteri dan sebaliknya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.

“Program PERMATA akan dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan,” kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Rosmah yang merupakan isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan program PERMATA pada 2006.

Dalam sebuah wawancara, Rosmah merayu agar kerajaan baru mengekalkan program berkenaan selepas suaminya yang juga bekas pengerusi BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Najib kini sedang disiasat berhubung skandal 1MDB.

Ketika di bawah pentadbiran BN, PERMATA dikritik berhubung perbelanjaan RM30 juta setahun.

Rosmah turut dikecam ketika mengetuai delegasi PERMATA ke Oxford pada Mei tahun lalu. Rosmah bagaimanapun menegaskan lawatan itu bukanlah percutian.

Sumber : M K