Akibat Lama Pendam Marah Lelaki Sound Jiran Yang Penting Diri Sendiri Tapi Ini Pula Terjadi

Sememangnya jiran memang penting untuk kehidupan dan mungkin membantu kita kerana jiran merupakan adalah orang yang terdekat dengan kita dan berbaik baik dengan jiran adalah penting namun lain pula yang terjadi apabila nasib tidak menyebelahi seorang lelaki yang mempunyai jiran yang pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain yang tinggal disekelilingnya.

Viral di laman sosial apabila seorang lelaki yang mempunyai masalah dengan orang di kawasan kejiranan tempat tinggalnya. Jirannya dikatakan amat pentingkan diri sendiri dan sering membakar sampah ditempat orang ramai dan di kawasan kejiranan tersebut sehingga lelaki tersebut dan isterinya yang sedang mengandung mengalami sesak nafas dan sukar untuk melakukan kerja seharian dengan bau yang tidak menyenangkan.

Lelaki tersebut dikatakan telah lama berdiam diri meskipun beberapa kali diganggu oleh asap jirannya yang sering membakar sampah di hadapan rumahnya . Namun setelah beberapa lama bertahan beliau akhirnya mengambil keputusan untuk memadamkan api hasil dari pembakaran jirannya dan menyuruh jirannya memberhentikan perbuatan membakar sampah yang sering dilakukannya.

Walaubagaimanapun jirannya tidak mengaku yang beliau memulakan pembakaran tersebut dan beliau mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai pembakaran sampah tersebut . Video lelaki tersebut menjadi viral dilaman sosial kerana ramai netizen yang bersetuju bahawa ada ramai jiran yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri sehingga mungkin menimbulkan perbalahan meskipun sikap bertolak ansur telahpun diamalkan . Kesabaran manusia ada batasnya betul tak?

Kredit: alerttvmalaysia