“Al Quran Berdarah Di Raga Motor”

HAJAT dua beradik menyerahkan senaskah al-Quran yang dibeli mereka selepas dipesan ibu tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan bas ketika ingin pulang ke rumah.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Amirul Khusairi Amirashid, 21, menunggang motosikal Modenas Kriss 120 bersama adiknya, Nurul Atikah Amirashid, 19, meninggal dunia selepas merempuh belakang sebuah bas yang rosak di tepi jalan di Jalan Lencongan Timur dekat Amanjaya.

Akibat kejadian itu, Muhammad Amirul meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan muka, manakala adiknya, Nurul Atikah parah di kepala maut sebaik tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

“Kami sekeluarga baru keluar makan bersama malam tadi kerana arwah Nurul Atikah menerima gaji pertamanya dan saya ada meminta Amirul membeli senaskah al-Quran yang lebih besar bagi memudahkan untuk membaca.

“Saya tidak sangka mereka keluar pagi tadi dan tidak kembali lagi dan lebih pilu apabila al-Quran yang dibeli tidak sempat diserah kepada saya.

“Biarpun sedih dengan apa yang berlaku di mana dua anak pergi serentak, namun saya dan suami reda serta bersyukur kerana mereka pergi dalam keadaan baik, Allah lebih sayangkan mereka,” katanya.

Arwah merupakan Hafiz Al Quran 30juzuk, suaranya sangat merdu apabila menjadi imam:'(

Gepostet von Nur Ami Roslee am Sonntag, 1. Juli 2018

 

Kredit: Nur Ami Roslee