Cuba meneka bunyi muzik ini datang dari instrumen muzik apa. 99% pasti akan salah menjawabnya

Dengan bahan ini sebuah irama muzik yang merdu dapat dihasilkan

Ramai antara kita yang pandai dalam bermain alat muzik. Ada yang memang dilatih dari kecil. Mereka dihantar ke kelas-kelas muzik setiap minggu untuk mengasah bakat yang ada. Ada juga yang sememangnya dilahirkan yang keistimewaan semula jadi, dengan sekali ajar sahaja mereka boleh bermain alat muzik dengan baik. Semua itu bukanlah sesuatu yang sukar bagi mereka.

Mungkin ramai yang pandai bermain instrumen tetapi tidak ramai yang bijak dalam mencipta instrumen muzik yang baru, yang tidak pernah dimainkan sebelum ini.

Tetapi lelaki dalam video ini nampaknya punya kemahiran yang baik dalam muzik. Dia bukan sahaja boleh menghasilkan alunan yang merdu daripada alat muzik yang dimainkan tetapi apa yang paling penting alat muzik tersebut bukan biasa-biasa. Percaya atau tidak dengan botol kaca dia boleh menghasilkan irama semerdu itu.

Anda mahu cuba untuk melakukannya sendiri di rumah? Jangan buang botol kaca yang tidak digunakan, siapa tahu mungkin anda juga boleh mencipta alunan seindah ini!

VIDEO:

Sumber; Era Baru
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!