Isteri Cantik Dan Layan Macam Raja. Tapi Suami Nak Kahwin Lain. Puncanya Sangat Pelik

Assalamualaikum admin, saya Zarul. Seorang suami yang ada seorang anak dan juga seorang isteri. Saya mempunyai masalah dengan isteri. Kami telah berumahtangga sejak 5 tahun lalu.

Isteri saya seorang yang biasa saja tetapi cantik di mata saya. Kami sangat bahagia dan semua anak-anak kami dijaga rapi oleh isteri. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki semua kurusan rumah tangga hanya dia yang melakukannya walaupun dia seorang wife yang berkerjaya dan pada masa yang sama dia seorang usahawan yang berjaya.

Saya diberikan layanan yang sangat baik dan boleh diumpamakan layanan yang diberi seperti layanan kepada seorang raja yang memerintah negara dan saya begitu rasa amat bertuah kerana memiliki seorang isteri yang sangat menghormati suami serta turut berperanan sebagai isteri yang sangat baik. Cerita lelaki ini di laman Kisah Rumah Tangga.
Satu Perkara Buat Saya Rasa Tak Puas Hati
Semenjak isteri saya itu menjadi usahawan produk kecantikan. Dadanya kelihatan semakin membesar. Yang peliknya wife saya bangga dengan perubahannya itu. Katanya produknya tidak menipu pelanggan dan ia semakin laris di pasaran serta menjadi rebutan orang ramai.

Saya memang senang hati sebab produknya makin laris dan laku. Tetapi saya menjadi sakit hati apabila tengok breast isteri saya itu sudah tidak cantik dan tidak comel seperti dulu. Nafsu saya terbantut akibat breast isteri dari saiz 34 ke saiz 38 (kalau tak salah).

Saya memang menjadi seperti tidak bernafsu lagi apabila ingin bersama untuk hubungan suami isteri. Semuanya tidak seperti dulu selepas perubahan buah dadanya yang dulu lebih cantik dan tidak seperti sekarang yang membuat saya tiada nafsu lagi dengannya.

Apa Yang Patut Saya Buat Ya?

Saya ada berkenalan dengan seorang gadis Wechat yang berusia 19 tahun. Dia kata dia sudi menjadi isteri saya sebab tak tahan hidup dengan mak tirinya. Boleh ke saya guna alasan itu untuk kahwin lain. Untuk makluman, saya berkerja dengan pendapatan lebih kurang 5k sebulan. Saya rasa saya boleh sara dua isteri memandangkan wife saya bekerja dan berniaga. Mohon pandangan semua.

Nak tahu apakah sambungan kepada luahan suami di atas ini, sila ikuti berbagai pendapat dan komen-komen netizen berkaitan dengan luahan lelaki berkenaan.

kisah rumah tangga suami nak kahwin lainKomen netizen.
pembacaKomen netizen.

Sumber: http://khalifahmailonline.com/