NAJIB DITANGKAP INI TINDAKAN CEPAT WANITA UMNO BUAT RAMAI TAK SANGKA

WANITA UMNO BUAT SOLAT HAJAT
Wanita Umno akan mengadakan solat hajat di semua 191 Bahagian untuk mendoakan keselamatan dan keadilan buat bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, solat hajat itu diadakan susulan penangkapan terhadap Najib oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Jelasnya, usaha itu sebagai tanda buat Najib yang telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara.

ARTIKEL MENARIK: Bola Sepak Thai Hilang. Penyelamat Dedah Ustaz Bantu Sampai Jumpa. SUBHANALLAH.

“Saya menyeru semua ahli Umno terutamanya Wanita Umno supaya tenang menerima perkembangan terbaharu ini dan terus berdoa supaya Umno dan ahli-ahlinya terus diberi perlindungan ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib ditahan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, sebentar tadi.
Najib kemudiannya, di bawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International.
Susulan itu, Najib akan didakwa pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur. (Sumber: Sinar Harian)

LOKMAN ADAM CADANG BUAT HIMPUNAN DI DEPAN PEJABAT SPRM
Satu himpunan solidariti akan diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya malam ini sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, himpunan juga sebagai tanda bantahan terhadap penganiayaan yang dilakukan ke atas Najib.
Katanya, rakyat Malaysia diseru untuk menyertai himpunan tersebut semalam dua jam bermula jam 9 malam.
“Mari kita korbankan masa untuk turun ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya, sebagai tanda solidariti kita kepada Najib dan rasa kecewa kita kepada pemerintah yang zalim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan tangkapan terhadap Najib, pada jam 2.35 petang tadi berkaitan isu SRC International Sdn Bhd. Beliau akan didakwa pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Lokman turut mempersoalkan keperluan SPRM menahan Najib dan memaksanya tidur di lokap malam ini.
“Adakah beliau penjenayah yang ingin melarikan diri daripada proses perundangan? Bukankah sebelum ini beliau memberikan kerjasama penuh untuk hadir ke SPRM tanpa sebarang masalah?
“Tidak bolehkah cara yang sama digunakan oleh SPRM untuk mengundang Najib ke mahkamah bagi proses pendakwaan?,” soalnya. (Sumber: Sinar Harian)

Kredit : khalifahmailonline.
Kredit: bulletinmedia