PDRM KINI MEMPUNYAI ALAT UNTUK MENJEJAK PENGUNJUNG LAMAN WEB LUCAH

Laporan hari ini mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mempunyai alat pemantauan Internet yang dapat mengenal pasti pengguna yang melayari luc4h di negara ini. Alat ini nampaknya berada di bawah bidang kuasa Unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia (MICAC).

Dilancarkan pada bulan Februari, salah satu objektif utama MICAC adalah untuk melawan eksploitasi seksual kanak-kanak terutamanya dalam ruang dalam talian. Selain daripada menggunakan teknologi, unit ini juga bergantung kepada pertukaran maklumat dengan agensi-agensi berkaitan tempatan dan juga rakan sejawatannya di peringkat antarabangsa.

Alat yang dipanggil Internet Crime Against Children – Child Protection Service Online (ICACCOPS) telah dibangunkan di Amerika Syarikat, menurut laporan itu. Alat tersebut nampaknya dapat mengumpul alamat IP, lokasi, butiran laman web, dan jumlah masa yang dihabiskan penggunaan di laman web.

Laporan selanjutnya menyatakan bahawa PDRM telah membina pangkalan data untuk mengumpul maklumat yang dihasilkan oleh alat tersebut. Ia kemudiannya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya PDRM dapat memperoleh maklumat pengguna sebelum ia meneruskan tindakan selanjutnya.

Sumber : Lowyat
4G MALAYSIA PALING LEMBAB, SINGAPURA TERLAJU DUNIA
Menurut laporan terbaru, rangkaian 4G di Malaysia antara paling lambat dalam 88 buah negara yang menyertai kajian tersebut.

Kajian yang dijalankan oleh sebuah firma dari UK, Open Signal mendapati purata kelajuan 4G di Malaysia tahun lalu ialah 14.83 Mbps. Hasil kajian menunjukkan Malaysia berada dalam kelompok 20 paling bawah.

4G di Malaysia sudah bertapak sejak lima tahun lalu dan menjanjikan kelajuan 100 Mbps. Namun prestasi yang ditunjukkan tidak berada di tahap yang membanggakan.

Lebih mengejutkan, negara lain seperti Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps) mencatatkan keljuan lebih tinggi.

Singapura berada di kedudukan pertama dengan 44.32 Mbps diikuti Belanda (42.12 Mbps), Norway (41.2 Mbps) dan Korea Selatan (40.44 Mbps).

Tiga negara Asia Tenggara lain yang mencatatkan prestasi buruk ialah Thailand, Filipina dan Indonesia.

Rujukan THE MALAY MAIL ONLINE

Kredit: tvbulan