Petua Tegangkan Payudara Dengan Berkesan (Susu Halia)

Apakah tips dan cara tegangkan payudara terutamanya selepas bersalin? Persoalan ini pasti bermain di fikiran ramai wanita dan ibu-ibu yang ingin menegangkan payudara mereka semula. Payudara biasanya akan menjadi sedikit kendur selepas melahirkan anak dan ada juga kerana faktor-faktor lain yang menjadikan buah dada wanita tidak seperti sebelumnya.

Siapa yang tidak ingin cantik dan menawan lebih-lebih lagi isteri yang amat mementingkan hubungan suami isteri. Pastinya kecantikan dalaman dan luaran perlu dijaga demi kerana hubungan yang terjalin itu terutama selepas menyusu anak. Ada sesetengah wanita mengalami masalah payudara semakin membesar selepas menyusukan anak mereka.

tips penjagaan buah dadaSemua wanita inginkan kecantikan dalaman dan luaran.

Sebenarnya, banyak cara dan petua tradisional yang boleh diamalkan oleh semua wanita untuk tegangkan payudara mereka. Sama ada masyarakat India, Cina dan Melayu, masing-masing mempunyai tips dan petua yang tersendiri yang boleh dibuat untuk menegangkan semula payudara.

Antara cara yang berkesan dan petua tegangkan payudara dengan cara tradisional yang telah diamalkan oleh ramai wanita adalah dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah di dapati dari dapur rumah. Petua tradisional yang dikongsikan oleh Siti Nurzakiah Aziz ini mampu menegangkan payudara dan tips buang angin dalam badan yang sering dialami oleh wanita yang lepas bersalin.
Cara Tegangkan Payudara Dengan Mudah
Perkongsian wanita ini iaitu petua menegangkan payudara dan buang angin dalam badan hanya dengan meminum susu yang dicampur bersama halia bakar yang diberi nama sebagai susu halia. Berikutnya adalah cara membuat dan cara menggunakannya untuk tegangkan payudara.

Bahan-bahan:

Cara besarkan payudaraSusu dan halia adalah bahan utama untuk petua ini.

Susu segar
Halia

Cara membuatnya:

Potong halia sebesar ibu jari dan bakar hali tersebut dengan api atau dibakar di dalam oven. Anda perlu membakarnya sehingga menjadi separuh hangus seperti yang ditunjukkan di dalam gambar berikutnya.

Cara cara menegangkan payudaraHalia yang sudah dipotong dibakar menggunakan pengepit.
Kopek tegang dengan petua tradisionalHalia dibakar sehingga kehitaman dan hangus.
Petua besarkan payudaraHalia yang telah siap dibakar menjadi hangus seperti ini.

Kemudian, tumbukkan halia bakar berkenaan sehingga hancur. Mungkin sesetengah orang tidak suka dengan kesan hitam yang terbakar pada halia, anda boleh mengikisnya sebelum ditumbuk hancur.

Petua nak tegangkan payudara ibu menyusuHalia bakar ditumbuk menggunakan lesung batu.
tips utk tegang dan besarkan buah dadaAnda perlu tumbuk halia bakar sehingga hancur.

Panaskan susu sehingga mendidih, kemudian masukkan halia yang telah dihancurkan tadi. Anda juga boleh menapis susu halia tersebut sekiranya tidak suka untuk menelan hampas halia bakar tersebut.

cara besarkan breastSusu segar perlu dipanaskan terlebih dahulu.
petua tegangkan breast dengan cepatPastikan susu segar tersebut mendidih sebelum dimasukkan halia bakar yang telah ditumbuk.
Macamana untuk dapatkan payudara tegangSusu yang telah dicampurkan dengan halia bakar.

Anda disarankan minum susu halia ketika ia masih suam dan kesan daripada meminum susu ini akan terjadi secara serta merta. Antara contoh yang berlaku anda akan melepaskan angin atau sendawa yang menandakan angin dalam badan sedang keluar.

Anda boleh minum susu halia ini sekali sehari sahaja dan terpulang kepada anda sama ada diminum di waktu pagi atau pun petang seperti yang dinasihatkan oleh Siti Nurzakiah.

Berikutnya adalah petua dan tips yang berguna untuk ibu yang menyusu dan selepas bersalin yang ingin menggunakan petua ini dapat payudara cantik dan mantap.

Cara tegangkan buah dada selepas bersalinTips untuk ibu menyusu dan baru sahaja melahirkan anak.

Semoga tips dan petua tegangkan payudara ini bermanfaat kepada semua wanita yang ingin cantikkan payudara mereka. Tak salah jika kita berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Selamat mencuba.

Kredit: mediamaklumat