Pramugari Kena Samun Di Parkir TBS Tetapi Disindir Pasal Aurat Pulak

Kalau ada berita pasal orang kena samun, benda pertama kita tanya mestilah someone tu selamat ke tak. Kan? Yang kedua, barang apa yang hilang. Betul tak? Tu common sense la kan. Ingatkan semua orang faham tapi rupanya tak.

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter bernama Wan, dia ada share pasal seorang pramugari yang katanya kena rompak di sebuah tempat parkir kenderaan.

Sumber: Twitter

Cermin kereta pecah, tangan penuh darah

Melihatkan seragam yang dipakai, wanita itu merupakan pramugari di Malindo Air. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kat TBS Bandar Tasik Selatan tu, pihak TBS menafikan insiden berlaku di tempat parkir.

Berkemungkinan besar ditetak menggunakan parang, tangan pramugari tu habis berdarah dan cermin kereta di tempat duduk belakang keretanya juga habis berkecai.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Bukan kasihan tapi menyindir

Bila orang ditimpa musibah, seeloknya kita mendoakan keselamatan dan bukannya mengkritik benda yang tak sepatutnya. Malangnya, itu lah apa yang dibuat segelintir netizen. Dah la kesian wanita ni kena samun, dorang kritik pasal aurat pulak.

Disebabkan seragam yang terbelah kainnya dan dalam keadaan tak memakai tudung, ada yang menyindir penampilan pramugari ini kononnya biar je aurat nampak macam tu, tak terjaga.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ada yang cakap wanita ni bukan Muslim tapi tak dapat disahkan lagi. Orang dalam kesusahan tu sempat lagi dorang ni nak sindir-sindir. Tak baik tau. Semoga keadaan pramugari ni semakin sembuh dan tak alami kecederaan serius.

Kredit: lobakmerah