Sangat Comel Telatah Anak Eina Azman, Karl Baca Doa Curi Perhatian Netizen

Sebut saja nama Datin Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman pasti ramai yang mengenali pelakon muda yang baru berusia 23 tahun. Eina telah mendirikan rumah tangga dengan ahli  perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan permata hati kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Kehidupan Eina dan anak kembarnya sentiasa menjadi perhatian netizen di laman sosial. Apa tidaknya Eina sentiasa memuat naik perkembangan kembarnya yang sangat comel yang mempunyai darah kacukan itu

Baru-baru ini, satu video yang menunjukkan kecomelan dan kepandaian anak Eina Azman membaca doa sebelum makan telah menarik perhatian netizen di luar sana terutamanya pada anak lelaki Eina, Karl Kareef yang lancar dan laju membaca doa makan.

Cute overload!

VIDEO:

Video tersebut mencairkan hati netizen dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 305 ribu dan rata-rata netizen memuji kepandaian kembar ini. Semoga kedua-duanya terus membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

VIDEO:

Sumber; IG Aubreykarl / Islamik Info
Kredit: beritasteady