Terkini, Senario Mantan Perdana Menteri Semalaman Dalam Lokap SPRM

PETALING JAYA: Satu lagi sejarah negara tercatat apabila buat pertama kalinya bekas perdana menteri ditahan dan bakal dituduh di mahkamah.

Seperti yang disahkan Pasukan Petugas Khas 1MDB, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, mungkin ramai pihak tertanya-tanya mengenai prosedur yang bakal dilalui bekas presiden Umno itu apabila beliau perlu bermalam di lokap SPRM sebelum berhadapan beberapa pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.

Bagi memberi gambaran mengenainya, mStar Online menghubungi bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris.

“Jika Najib ditahan di lokap, beliau akan ditempatkan di sebuah bilik dan memakai baju lokap adalah prosedur biasa yang perlu dilaluinya.
 VIDEO:

“Lokap bukan seperti penjara. Lokap sekarang sangat selesa, bersih bukan macam lokap dulu-dulu. Pegawai lokap SPRM juga perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Tiada layanan istimewa akan diberikan kepadanya walaupun beliau merupakan bekas perdana menteri,” katanya ketika dihubungi mStar Online petang Selasa.

Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah berkaitan SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan suruhanjaya itu.

Sumber: Mstar
Kredit: beritasteady