Viral Video Anak Najib Bersama Seorang Pelakon Wanita Terkenal Di Taiwan

Malaysia sekarang tengah kecoh tentang Bekas Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib yang ditangkap atas beberapa kesalahan rasuah. Tak ketinggalan, anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin turut mendapat perhatian ramai apabila tular di media sosial gambar serta video dia bersama seorang pelakon wanita terkenal di Taiwan. Aik cepatnya?

Menurut WOB, Nazifuddin dilihat makan dan minum wine di salah sebuah restoran steak di pusat membeli-belah Breeze Xinyi berhampiran Taipei 101 bersama Celia Zhang, sehari selepas bapanya dituduh di Malaysia. Difahamkan jugak, ada dua botol wine merah yang dikongsi bersama.

Sumber: WOB

Dorang minum dua botol wine merah dalam masa tiga jam, lepas itu dorang pergi spa untuk berurut dan habiskan masa di bar selama dua jam.”

Berita ini totally menaikkan kemarahan netizen, terutamanya apabila melihat Nazifuddin meminum arak. Tak lama lepas itu, Presiden Pemantau Malaysia Baru, Lokman Noor Adam telah keluarkan kenyataan dengan mempertahankan tindakan Nazifuddin. Seriously?

Biarkan Nazifuddin enjoy dengan hidup dia. Tak ada apa yang pelik pun dengan gambar-gambar tersebut,” kata Lokman.

Sumber: WOB

Difahamkan pasangan tu sebenarnya sudah lama berkawan. Secara kebetulan dorang berjumpa dekat Taiwan dan luangkan masa dekat sana.

Kata pelakon itu,

Kami tak pernah bincangkan hal politik, terutama dengan situasi sekarang ini. Lagipun dia sekarang berniaga dan tak terlibat lagi dalam politik.

Dia  hanya sahabat baik saya, dan dia datang sini untuk melawat sahaja. Jadi sebagai sahabat, saya perlu teman dia.”

Sumber: WOB

Beberapa gambar yang tular di media sosial berjaya ditangkap oleh Akhbar Taiwan, menunjukkan kemesraan mereka. Pun begitu, agent mereka, Sam, menafikan dakwaan bahawa mereka bercinta.

Ini adalah pertemuan dua sahabat lama, of course ada hubungan fizikal. Pegang tangan dan sentuh antara satu sama lain adalah perkara biasa.” OHHH?!!

Video Player

00:00

00:00

Minum wine dan kissing adalah normal?

Kredit: dahkebelum